Friday, October 29, 2010

SYARAT TAMBAHAN

Syarat-syarat tambahan dalam penggunaan atau pelayaran di blog Rajamenangis atau blog yang sah diselenggarakan oleh kami adalah seperti berikut:

Sekiranya anda mengakses blog ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu perjanjian di antara anda dan kami bagi akses dan/atau penggunaan blog ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi blog ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Kumpulan Rajamenangis, pengelola dan atau ejen ejennya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

1. penggunaan , sandaran atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
2. kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada blog ini;
3. akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
4. kenyataan , rumusan atau hujjah atau tindakan pihak ketiga di blog ini; atau
5. perkara-perkara lain yang berkaitan dengan blog ini.

Pautan

Kumpulan Rajamenangis boleh menyediakan pautan kepada laman web atau blog yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Kumpulan Rajamenangis, pengelola atau ejen ejen mereka tidak mempunyai kawalan ke atas laman atau blog atau dan sumber sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman atau blog dan sumber sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman atau blog dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau blog atau sumber tersebut.


Kumpulan Rajamenangis mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis.

Semua pelawat, pengunjung dan pengguna Blog Rajamenangis selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa semua pandangan, komen, ulasan, dan atau artikel artikel yang dikemukakan kepada kami adalah tindakan pihak ketiga dan mungkin perlu di siasat dan di kaji kandungannya yang mungkin terlalu ringkas. Rajamenangis menggalakkan semua pihak untuk membuat kajian dan pengesahan masing masing yang lebih mendalam dan baik agar kesilapan dan kekurangan blog ini dapat di perbetulkan dan mutunya di pertingkatkan.

Penyalahgunaan BLOG

Anda dilarang keras menghantar sebarang Kandungan yang tidak mematuhi kehendak pengelola blog ini. Anda juga dilarang mengambil sebarang tindakan terhadap blog ini dalam cara pemalsuan dan penipuan, fitnah dan mengaibkan pihak tertentu yang boleh menjejaskan nama baik dan reputasi Kumpulan Rajamenangis. Kami mengekalkan hak untuk meneliti semua tindakan atau ulasan, komen, artikel, yang diambil atau dibuat atau dihantar oleh anda kepada blog ini dan sekiranya didapati kandungan atau bahasa yang digunakan adalah keras atau tidak sesuai [bergantung kepada konteks], maka kami berhak untuk menahan memadamkan, menggantung, meminta penjelasan atau apa jua tindakan sekalipun yang kami fikir wajar bagi menjaga integriti Kumpulan Rajamenangis.